Monday, June 15, 2020

5 Najihin

Aku dah lama tak boleh pot pek pot pek...Ambil engkau dalam whatsApp group kelas pun aku boleh bersuara. Tak kiralah mak ayah ada ke tak ada ke...
Melampau sangat budak-budak nih sekarang. Main 24 jam sahaja. Kerja sekolah satu hari satu subjek pun tak boleh buat.
Aku perhati sahaja sebelum ini, laporan semua siap, yang hantar tak sampai pun sebanyak mana dalam laporan.
Kerja sekolah secara fizikal pun tak buat, inikan pula secara online. Cikgu tak ada kat depan-depan. Naik minyak mereka ini. Ada yang buat kerja main hentam sahaja. Entahlah. 
Mak ayah sepatutnya kena main peranan bukan main handset sahaja. Tolong pantau anak-anak. Sekurangnya masa inilah kita pantau anak-anak kita. 

Tak larat rasanya, mengajar anak-anak yang mak ayah tak nampak jalan ini. Ubahlah cara hidup kita.
Jika dahulu kita tak mampu masuk Universiti, biar anak kita masuk Universiti.
Jika dahulu kita tak boleh kerja besar, biar anak kita kerja besar.
Jika dahulu kita malas, biar anak kita jadi rajin.
Jika...
Biar...
Tapi tiada usaha daripada kita...
musnahlah harapan...

No comments: