Wednesday, July 8, 2020

Kosong...

Terasa sangat kosong hidup ini. Bagaimanalah keadaan hidupku sehingga aku menutup mata ini. 
Hidup tanpa zuriat yang sah dari penyatuan dua jiwa yang dihalalkan.
Bagaimana liku-liku hidup ini, meniti digarisi waktu yang berbaki.
Ya Allah Ya Tuhanku, andai engkau telah menetapkan jodoh buatku engkau bukalah pintu hati ini untuk bertindak.
Ya Allah Ya Tuhanku, andai engkau telah tetapkan aku tiada jodoh di dunia ini, engkau tunjukkanlah kebahagiaan yang boleh ku kongsikan dalam jiwa ini.

Di saat ini, terasa sangat kekosongan hidup ini. Tiada hilai tawa yang boleh memecahkan kesunyian dihati ini. Yang boleh menghiburkan hati ini dikala penat menjalani hidup seharian.

Di saat ini, tiada lagi ungkapan,,,
Ayah
Daddy
Walid
Papa
Abah
atau apa jua panggilan untuk diri ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, terasa kosongnya hidup ini...

Ya Allah Ya Tuhanku, tiada lagi ungkapan manja yang kedengaran...
Abang
Sayang
Darling
atau apa jua panggilan untuk diri ini, yang dapat merawat penat mencari kebahagian di dunia ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, terasa kosongnya hidup ini.  

Ya Allah Ya Tuhanku, adakah ini jalan hidupku...
Jangan tempatkan aku dikalangan orang yang rugi
Ya Allah Ya Tuhanku, adakah ini jalan hidupku...
Jangan sia-siakan aku dikalangan orang yang kau benci
Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah aku
Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkan lah hati ini
Engkau bukalah pintu hati ini
Engkau lebarkanlah pinu hati ini
Engkau berikan aku kekuatan itu
Engkau berikan aku kesempatan itu  
"sudikan awak menjadi isteri saya" 
"sudikah awak menjadi sebahagian dalam hidup saya dalam melayari hidup ini" 

Ya Allah Ya Tuhanku...
Berikanlah aku kesempatan itu
Sebelum mataku ku katup buat selamanya... 

No comments: