Di petang yang sunyi. Teringat kisah 2011. Terdengar memori indah dengan lagu cari makan.
Di saat ini, kadang-kadang telefon Arwah Pn. Esah, pensyarah KPLI-SR untuk bina kekuatan semula setelah 'terduduk'.
Di saat ini juga mujur ada rakan yang boleh duduk semeja dan mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang timbul atau ditimbulkan. Mereka sangat prihatin dan sedia membantu. Terima kasih Geng Pra.
Di saat ini, usah dicerita. Setiap hari dan bulan ada sahaja catatan maya yang diluahkan. Disitulah segala keluhan disimpan akhirnya menjadi bukti sejarah.
Di saat ini, melihat seorang demi seorang meninggalkan kita. Terasa kecilnya diri ini. Terasa sekejapnya waktu dipinjamkan untuk aku.
Di saat ini, terfikir bila agaknya aku akan PULANG.
PULANG.
Kg. Paya Bemban, Kota Bharu.
Kg. Pak Pura, Bachok.
Wahai e-tukar hadirlah dikau membawa khabar indah buat diri ini.
No comments:
Post a Comment