Aku simpan di sini kenangan di Desaru bersama Aliff.
Selepas ini, mungkin akan menjadi sesuatu yang lain.
Setelah dia bersedia menyatakan perubahan itu kepada aku.
Aku redha dan bersedia untuk segala kemungkinan
Aku telah pasti apa yang akan diungkapkan olehnya.
SAYA HENDAK BERUBAH.
SAYA TIDAK MAHU CIKGU TERUS TENGGELAM DALAM DUNIA SESAT.
Mungkin itu, yang bakal disampaikan olehnya.
Kemungkinan itu tinggi sekarang...
Aku sedar juga, kita mungkin boleh dikatakan hanyut dalam dunia kita. Tapi kita masih boleh berubah untuk kebaikan.
Kita tak mungkin terhindar daripada melakukan kesalahan atau kesilapan, tetapi sekiranya diberi peluang maka ada ruang untuk kita berubah. Membetulkan apa jua kesalahan kita.
Walaupun ia agar perit, namun kita perlu berlapang dada untuk menerima kesilapan itu sebagai satu batu loncatan untuk kita berubah.

















































No comments:
Post a Comment