Mungkin ini kali seterusnya, cubaan hilangkan diri dalam hidup aku.
Tiada info, tiada maklumat daripada keluarganya.
Tiada segalanya.
Biasalah apa yang hendak telah dapat. Buat apa lagi.
Tinggalkanlah.
Bukan susah sangat hendak melupakan seseorang. Cukup mudah.
10 tahun aku akan terseksa membayar hutang, yang tidak aku guna.
Bodohnya aku. Bodohnya aku. Mengharapkan kasih sayang seorang yang tidak pernah menyayangi diri ini.
Bodohnya aku. Bodohnya aku. Sanggup berhutang demi orang yang tidak ikhlas menyayangi diri ini.
Bodohnya aku. Bodohnya aku. Meletaknya orang yang tidak pernah memandang aku sangat penting dalam hidupnya. Hanya penting disaat perlukan sesuatu sahaja.
Bodohnya aku. Bodohnya aku. Terlalu mencintai orang yang tidak pernah ikhlas berkawan dengan aku.
25 February 2023 tarikh terakhir berhubung dengan diri ini.
Hari ini sudah 6. 3.2023. 9 hari berlalu tanpa berita...
Sibuk melayan Famili Akmal dan Famili Cik Ayu.
Aku tak penting...

No comments:
Post a Comment