Tuesday, March 9, 2010

Syukur...

Ya Allah s.w.t padamu lah aku sujud, kepadamu lah aku berserah, kepadamu lah aku memanjatkan doa-doaku. Kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udaramu, bernafas di bumimu, berlari di planetmu dan melayari corak kehidupan di duniamu.
Syukur. Dalam usia yang berganjak naik...dari segumpal darah hingga aku membesar...aku masih lagi diberikan kebebasan untuk bernafas dibumi tanpa sebarang kesulitan yang besar.

Dalam meniti usia-usia ini, aku berharap segalanya akan berjalan dengan lancar selancar pergerakan cahaya. Tanpa kekuatan yang kau berikan kepada hambamu ini, tidak mungkin dapat aku bernafas dengan baik. Terima Kasih Ya Allah.

Buat orang tuaku...10Q kerana memberi kehidupan kepada anakmu ini, dalam mencorak kehidupan. Liku-liku hidup kita pasti terpahat disanubari ini. 10Q.

perjalanan hidupku kini memasuki fasa ketiga kehidupan, pasal terakhir sebelum fasa permulaan kehidupan bermula . Aku mengharapkan fasal ini akan memberikan seribu satu pengertian kehidupan yang bermakna buat diriku...

No comments: