Buat pelajar-pelajar yang pernah kita bersama dalam melayari kehidupan selama hampir setahun dalam menyelusuri arus deras sungai kelantan, untuk mencari cahaya kebenaran dan perjuangan tokoh-tokoh sejarah kita dalam memberikan satu detik kegembiraan buat kita rakyat yang berdaulat.
Buat ahmad nadzimuddin, azmierya, ruziana, siti zubaidah, syazwanie, wan nurul syafiqah, fatihah ismail, mohd firdaus mazlan, faizol, atifah izzah, normazura dan nurul rabiatul kerana dangan usaha anda yang tidak pernah mengenang putus asa akhirnya kegembiraan di tanganmu..tahniah ku ucapkan...
Buat 29 orang pelajarku, yang gagal dalam menyeberangi arus deras sungai kelantan...aku mohon kemaafan di atas kesilapan diri ini dalam menghulurkan tangan sepenuhnya...
buat mereka yang berjaya lulus dalam arus tersebut aku doakan semoga rintangilah arus ini dengan penuh semangat.
akhirnya aku mendapat juga keputusan sepenuhnya untuk sejarah spm 2009:
A = 1 orang
A- = 12 orang
B+ = 8 orang
B = 19 orang
C+ = 16 orang
C = 30 orang
D = 32 orang
E = 26 orang
G = 29 orang
Tahniah semua kepada mereka yang berjaya, dan buat yang gagal teruskan usaha anda.
salam kemaafan salam kemesraan ku sampaikan
No comments:
Post a Comment