Monday, April 25, 2011

cikgu nak gi tandas....

Hari ini dalam sejarah, Saipullah memberitahu kepada As dan kepada aku bahawa dia nak pergi ke tandas. Syukur ada perubahan yang mendadak. walaupun masih lagi takut-takut hendak ke tandas tak apa sekurang-kurang dia dah reti untuk memberitahu hendak ke tandas bukan berdiam diri sahaja dan kencing. Perubahan yang cukup mengembirakan.
Mungkin inilah perubahan yang cukup bermakna dalam hidupnya. Hari ini boleh dikatakan hari yang cukup bermakna Saipullah buat kerja sekolah, bagi tahu nak ke tandas dan segalanya. Mungkin ada usaha juga dari ibunya. Mungkin ini juga ikrar dia bersama dengan cikgu Norbimah menjadi satu pegangan dia. Tak kisahlah apa pun punca perubahannya janji dia membuatkan aku mengajar pada hari ini dengan penuh ketenangan yang indah...
Hari ini cukup meletihkan ..kena pergi ke PPD Bentong lagi. Segalanya tentang Pra sekolah. Inilah dunia prasekolah yang kadang-kadang mengembirakan kadang-kadang memenatkan.

Mummy darling, mummy darling
i love you , i love you
see you baby dancing
just for you , just for you
papa darling papa darling
i love you , i love you
see you baby smiling
just for you, just for you

salah satu aktivi yang aku jalankan pada hari ini untuk menarik minat anak-anak aku meminati bahasa inggeris... kelas aku bergema dengan lagu ini...

No comments: