Monday, April 18, 2011

Nak marah tapi nak tergelak..haaa

Aduh...memang haru sungguh hari ini. Budak Saipul buat hal. Dari pagi ok aje. Tiba-tiba jam 11.10 minit menangis dan terus menangis. Tanya kenapa ....rupanya nak kencing...minta suruh pergi ke tandas tak nak. Nak balik kencing kat rumah. Oklah ....tapi terus menangis dan menangis...dipujuk dan terus memujuk dia, aku siap nak teman lagi...tak nak dia nak balik. Buat lakonan telefon mak dia...tapi haram jadah punya anak-anak yang lain siap mampus aku buat tipu aje....lakonan aku tak cukup real untuk menipu budak pra Bestari.
Bawa jumpa cikgu pra lain...menangis lagi kuat....haaa
akhirnya tahap kesabaran seorang ayah akhir kecundang juga ...aku jerkah ( marah) dia sampai suara aku kedengaran sampai ke pejabat...sekarang watak bertukar menjadi ayah tiri, kalau dengar budak-budak aku aje siap cakap jangan sampai aku jadi raksasa...dia dah faham kalau aku berkata begitu....
Aku tarik seluar dia dalam tandas siap paksa dia kencing...kencingnya banyak pulak...siap dia basuh anu dia dengan 2 cebok( gayung)sampai basah seluar....
Tu lah kalu tengah aku baik tak nak dengar kata....maka apabila aku dah bertukar wajah memang siaplah dia orang....
yang aku geli hati...kebaikan aku pergi melawatnya ketika dia sakit mak dia siap bawa mulut kat orang kampung bahawa aku takut kat dia selepas dia datang ke sekolah jumpa aku ketika kes aku picit hidung anaknya....
Huhuhu kalu dia selalu tak percaya akan aku...aku berjuta-juta kali tak percaya akan dia....
nampaknya aku memang kena bersiap sedia untuk menghadapi majlis waris murid prasekolah yang akan berlangsung pada hari rabu ini...dengan segala jawapan yang lengkap...huhuhu

No comments: