Selamat sudah hadiri majlis konkesyen di Maktab. Diploma dah terima secara sah. Terima kasih kepada kekawan yang banyak membantu...khasnya Farid dan Rashid yang terpaksa banyak membantu aku semasa tempoh 2-3 mei...jasa kalian akan dikenang...
Tapi sayang kamera terlupa bawa ...tertinggal di dalam hotel DUTA maka memori indah pada hari konvo dia...sedihnya...
Hari ini hari pertama berada di sekolah setelah berkonvo...
Edisi pertama perjalanan ku sebagai guru pra hari ini berjalan dengan lancar. Semua murid menjalankan tugasan mereka. Aku melakukan pentaksiran buat mereka pada hari ini. Semuanya ok...telah menguasai mengenal huruf.Kecuali Saipullah sahaja yang paling berat. Najmi tu yang pelik juga boleh mengeja tetapi tak boleh kenal huruf...menghafazlah tu
Hari ini pergi berbincang dengan GB macam mana nak buatkan Saipullah rajin menulis...kelmarin dan hari ini tak menulis. Dari bulan januari sampai kini malas sungguh nak menulis. Ingat nak buat perjanjian lisan macam buat hari tu dengan Puan Norbimah tapi GB nak pergi tengok esok...ikutlah janji Saipullah akan jadi rajin...kira oklah.
Hari ini cukup penat...dari jam 12 tengahhari hingga jam 3.30 petang dengar taklimat pengurusan prasekolah dari Puan Mawar, PK Pentadbiran. banyak benda baru yang dapat...biasalah benda panas...
No comments:
Post a Comment