Tak kisah lah apa nak jadi selepas ini, biarlah orang nak cakap aku jadi cikgu 25 hari bulan ke apa ke..aku dah nekad. Aku akan ke sekolah dari jam 7.40 pagi hingga jam 11.40 pagi. Anak-anak muridku buat salah ke tak nak buat kerja ke...lantaklah. Aku akan simpan tangan aku dan mulut aku. Sebab apa peraturan dalam kelas telah aku terapkan awal-awal lagi kepada mereka dan benda ini telah aku ulang setiap kali hendak bermula setiap sesi pembelajaran.
Apa yang pasti aku akan mengajar dan mengajar...benda yang tak pandai aku nak ajarkan aku akan bertanya kepada yang lebih pandai, demi anak muridku. Tapi jangan haraplah aku akan sentuh anak-anak meraka. Marahpun aku tak akan buat lagi....takut bernanah telinga anak mereka...payah woi. Pukul anak mereka pun aku tak nak buat sudah, biasalah mak bapak nih pelik bagi izin kepada cikgu boleh pukul anak-anak mereka tapi tak nak ada kesan merah. Aku bukan pun pukul sampai patah remuk tulang mereka, kulit kita pun jika kena pukul pasti akan ada kesan merah...inikan pulak kulit budak.
Jangan buat baik lagi dengan anak murid, kena berkira dari segala aspek wang ringgit, tenaga dan.......
Adakah naluri aku akan boleh berbuat demikian, entahlah. Aku pasti kena bertahan dengan nekad ku kali ini.
No comments:
Post a Comment