Berehat selamat 3 hari, setelah mendapat cuti 1M1S. Seronoknya.....
Tema pakaian menjadi pilihan aku pada minggu ini.
Hari ini, seperti biasa aku mengajar dalam kelas Pra Bestari. Pagi-pagi aku dah tayang slaid mengenai pakaian kepada muridku, selepas tu macam biasa kasi dia orang kerja menulis dan mengeja...kasi tangan jadi lembut sikit. Yang tulisan dah cantik pasti akan menjadi lebih cantik....
Suruh dia orang reka baju untuk hari raya...akhirnya lukisan aku dijadikan bahan peniruan mereka...kecil-kecil dah pandai meniru....
Tihhhhh...hari ini menulis juga budak 2, sekadar 2 baris dengan banyak huruf tertinggal....yang aku naik angin..boleh dia pergi tandas tapi kencing dalam seluar. Patutlah tak nak masuk dalam kelas...dasar *****. Kejahatan yang dilakukan akhirnya dapat dikesan oleh aku selepas melihat dia pakai kasut..tempat dia basah. Pertama kali dia pakai kasut, aku tak perasan.. dah dia pakai kasut member dia, apalagi aku marah aje kat dia...sedangkan kasutnya dah tulis nama siap kat belakang dengan depan lagi...inilah kalau ke****** melampau...haaaaa
Ya Allah berikan kekuatan kepada hamba mu ini, dalam menempuh ujian yang cukup membebankan ini. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambamu ini, menempuh perjalanan hidup ini dengan tenang dan mempunyai daya kesabaran yang tinggi...sebagaimana tingginya nilai kesabaran Bilal Ar-rabah, sekuat perjuangan kekasihmu, Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan wahyu kepad umatmmu, untuk aku meneruskan perjuangan ini untuk memberikan yang terbaik kepada anak didikku.
No comments:
Post a Comment