Lima orang daripada 24 orang murid, aku asingkan. 19 murid yang lain diberikan didikan yang sama sahaja. 5 orang akan diberikan didikan yang lebih kursus lagi. Adib, Aqmar. Akma, Hafiz dan Saipul. Hari ini dah mula aku guna pendekatan ini. Apa yang perlu aku siapkan dahulu dia punya surat kebenaran ibubapa, selepas itu aktiviti tersebut boleh dijalankan.
Permulaan yang aku gunakan pada hari ini nampak ada peningkatan dari segi pemahaman murid. Belajar sambil bermain huruf magnet. Kiranya nampaklah hasilnya. Akma yang tidak boleh menulis, hari ini dah boleh menulis sukukata. Adib walaupun masih lambat kiranya ada peningkatan sedikit, Saipul pada peringkat awal tidak mahu, tetapi setelah aku mengamuk, dia menunjukkan kesungguhan walaupun masih lagi wujud sikap malasnya. Tapi suaranya cukup kuat untuk belajar pada hari ini. Aqmar juga menunjukkan kekuatan tersebut. Harap2 kejayaan itu akan ada dalam dirinya. Harap segala yang ditujukkan pada hari ini akan diteruskan sehingga mereka berjaya. Semoga usaha yang aku lakukan akan menimbul dan membuahkan hasil yang sewajarnya kepada mereka. Berkat sokongan ibu bapa akan memberi ibubapa akan memberikan hasil yang lumayan kepada diri ini. Amin.
No comments:
Post a Comment