Thursday, September 22, 2011

Beginilah nasib....

Ketika titisan hujan mula berhenti seketika, langit malam terus memekatkan kegelapan malam. Aku melangkah keluar, bagaikan kelkatu keluar dari pusu ( bahasa kelate nih) selepas hujan petang. Menyampaikan hajat cecacing yang berbaki dalam perut yang teringin hendak menikmati burger Man Chemomoi.
Ketika seronok -borak dengan tuan punya gerai, hadirlah 3 watak utama yang menyebabkan situasi malam yang kelam bertambah kelam.
Si Man, bertanya kepada Si Ibu, adakah akan menghantar anaknya ke sekolah tahun depan. Si Ibu berbunyi akan menghantar anaknya ke sekolah pra tahun depan. Si Man bertanya kepada ku adakah akan mengajar lagi tahun depan? Aku hanya tersenyum mendengar pertanyaan itu tanpa memberi sebarang reaksi. Si Man menyatakan engkau pukul aje anaknya sekirannya malas. Si ibu berbunyi, kalu anaknya merah kena pukul kat cikgu, mau dia pergi bakar sekolah. Si Man berkata, inilah ibu zaman sekarang, hantar anak ke sekolah sebab tak mahu jaga anak kat rumah.
Aku hanya mendengar dan melihat kelakuan anaknya, walaupun berkali-kali dimarah oleh Si Man jangan padam tanda harga burgernya, anak si ibu tetap memadamkan tanda harga tersebut. Hanya suara-suara tinggi si ibu sahaja yang berbunyi,menyeruh suaminya memukul tangan anaknya, namun si suami hanya memarahi jua, si anak tetap melakukan perkara yang sama.
Aku berharap tidak akan menjadi guru anaknya, sekirannya aku tetap mengajar anak-anak murid prasekolah di tahun hadapan. Ini merupakan satu lagi bala yang akan menimpa sekirannya anak si ibu belajar di sini.Andaikata anaknya pandai seperti Aliyah, gigihnya seperti Afiq, tekunnya macam Azamuddin, cekalnya macam Hafiz tidak menjadi masalah kepada diri ini. Sekirannya bebalnya seperti <>:)(* nampak gayanya akan terbakarlah SK LKTP CHEMOMOI.
Bukan meminta tetapi itulah hakikatnya sekiranya si ibu, sukar menerima hukuman kepada anaknya. Sekirannya anaknya mendengar kata, senang diajar mudah berkira tak akan terdetik dihati seorang insan yang bergelar guru untuk memukul anak muridnya tanpa alasan yang kukuh.
Wahai ibu ayah, janganlah menghantar anak ke sekolah pra hanya untuk melepaskan beban yang tertanggung dibahu dengan meletakkan beban tersebut dibahu seorang guru, seperti mana kata-kata Man Burger.

No comments: