Wednesday, September 21, 2011

Selesaikan kerja...

Syukur. Semuanya telah selesai dijalankan pada hari ini. Jika yang masih lagi tertinggal hanyalah 4 biji pasu bunga sahaja lagi yang belum terangkat. Terima kasih buat murid-murid kelas 6A dan 6C. Walaupun jiwa ini terasa amat marah dengan karenah budak-budak 6A. Buat kerja , mulut berbunyi. Adakah patut hendak suruh budak kelas Pra yang angkat kerusi hantar ke kelas 6C dan Dewan. Angin satu badan nih. Mujurlah aku pandai juga kawal diri. Walaupun kawal diri. Amukan aku kelaur juga walaupun kecil.


Terima kasih buat Rozaini ( 6B ) dan gengnya 4 orang tadi yang sudi menolong aku mengangkat meja ke kelas seni dan ke bengkel KH. Tangan bergerak mulut diam. Kerja Siap. Sejuk terasa hati ini. Biasalah mereka buat kerja ikhlas hendak membantu, pasti akan dapat ganjaran yang sewajarnya. Terima kasih semua. Walaupun tidak seberapa namun itulah yang termampu diberikan. Terima kasih.

No comments: