Monday, October 3, 2011

Projek Sayur Pra Bestari

Betullah orang tua-tua cakap...berbudi dengan tanah akhirnya memang menguntungkan. Hasil tanaman pokok sawi...Pra Bestari jimat duit untuk beli sayur, budak jadi sihat dan kuat. Akhirnya sawi telah dituai....Insya Allah anak-anakku, kita akan tanam pokok ketumbar dengan pokok sup pulak...lepas nih kita makan sup ayam, sup nuget, sup hotdog...sabarlah. Kita nanti Cikgu Ros semai dulu....

Sayur sawi...begitu hijau

cantik...selamat dimakan begitu sahaja...tiada racun serangga

Projek Sains...Pokok A...lihat peranan cahaya matahari terhadap pertumbuhan tumbuhan. Pokok B sudah mati. Pokok B ditutup dengan kotak, cahaya matahari tidak dapat diterima oleh pokok. Pokok A bebas hidup dengan tenang..akhirnya pokok A dijadikan sayur goreng.Sama-sama mati....

Akma Najihah menuai hasil

Adham mencabut hasil...kecil macam tuannya juga

Yang ini bergambar dengan hasil air tangan sendiri....
Posted by Picasa

No comments: