Wednesday, October 19, 2011

Adik nak cikgu mana?

Adik nak cikgu mana? Cikgu A ke Cikgu B. Itulah pertanyaan seorang ibu moden kepada anaknya. Pertanyaan si Ibu dijawab oleh Cikgu C, bahawa anaknya akan dimasukkan ke dalam kelas Cikgu A.
Akhirnya si ibu menjawab, la ingat dapat masuk kelas Cikgu B.

Ibu-ibu moden sekarang , memang tinggi dia punya belang sekarang.Siap nak pilih cikgu yang bakal menentukan masa depan anaknya. Memang betul seorang ibu bapa wajib menentukan sekolah anaknya. Memang betul, sebagai ibu kita patut memilih sekolah yang terbaik kepada anak-anak kita sama ada hendak dihantar ke Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, Maahad Tahfiz Sains,Sekolah Agama seperti Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan atau di sekolah-sekolah swasta yang cukup terkenal dengan keelitannya. Itupun ibu bapa perlu sedar diri sekirannya anaknya tidak mendapat 5A di dalam UPSR usahlah bermimpi ataupun meroyan di depan pagar sekolah-sekolah tersebutlah, buat malu kaum aje. Itulah situasi yang sebenarnya dalam kehidupan.

TAPI, KINI SUDAH BERUBAH........

Mantap, di sebuah kampung yang terpencil dari arus kehidupan. Malah sebuah bank, sebuah hotel, segalanya tiada...yang ada hanyalah sebuah penempatan yang menempatkan sebuah kehidupan yang biasa....oppssss terlupa BAJET 2012 telah mengubah segalanya....BAKAL DISENARAIKAN DI PASARAN SAHAM KUALA LUMPUR..... itu belum disenaraikan lagi, ibu bapa dah mula tunjuk taring. Hendak pilih cikgu untuk anaknya. Tu dia situasi, di sebuah sekolah yang murid-murid layak mendapat peruntukan RM100 setiap pelajar mulai tahun 2012.

Teringat aku, semasa ingin mengisi borang buat master, memang kita layak memilih pensyarah yang mana kita hendak jadikan pensyarah kita, itupun sekirannya pensyarah itu hendakkan kita. Kalu tidak terpaksalah Kita menampakkan muka yang tak tahu malu ini untuk merayu dengan pensyarah yang lain untuk menerima kita. ITU SITUASI DI UNIVERSITI.
DI UNIVERSITI...kita berhak memilih subjek yang hendak kita pilih, tapi kita juga TIADA hak untuk menentukan pensyarah mana yang hendak kita belajar. Kalu hendak juga pensyarah yang kita suka, maka teruslah menanti di semester yang lain, untuk bertemu dengan pensyarah kita suka.
TAPI ....

Kini, ibu bapa bersuara untuk menentukan cikgu mana yang LAYAK mengajar anaknya di sekolah nanti. Jangan terkejut itu baru PRASEKOLAH..... PUNCANYA...

Takut anak kulit yang cantik, anugerah dari ALLAH S.W.T kurniakan lekat kesan MERAH
akibat dipukul oleh seorang GURU yang biasa. Tiada kepakaran untuk mengajar, sebagaimana hebatnya seorang ibu mengajar anaknya dirumah. Nanti nilai hantaran anak-anak bakal terima semasa berkahwin nanti menjunam ke tahap yang rendah.

Hebat sungguh cabaran seorang guru pada masa kini. Kelayakan seorang guru akan dinilai oleh ibubapa. Sama ada anda layak atau tidak untuk mengajar anak mereka. BERSEDIALAH untuk hadapi cabaran pada hari ini. Itu mujur IBUBAPA tidak meminta gambar 8R pelbagai posisi untuk dinilai siapa yang LAYAK mengajar anak mereka. Untuk disertakan dengan gulungan-gulungan kelayakan AKADEMIK yang ada. Kalau setakat ada ijazah biasa dengan disaluti kursus penguruan lepasan ijazah jangan haraplah terpilih untuk mengajar anak mereka. BERSEDIALAH GURU MUDA

No comments: