Tahun pertama berada di alam pra sekolah dan tahun pertama mengajar dengan KPM dan mengajar anak-anak yang kecil. Langsung tiada pengalaman. Tiada pendedahan yang besar. Maka Nasyid Teman Sejati menjadi pilihan aku, untuk melakukan persembahan di Majlis Konvokesyen Prasekolah. Dengan iringan muzik dan suara penyanyi asal yang kuat, akhirnya persembahan itu dizahirkan oleh anak-anakku.
2012. Aku tidak menoleh ke belakang lagi. Aku mencabar diri ini untuk melakukan perubahan dalam persembahan. Choral Speaking@Bicara Berirama menjadi sasaran aku. Memang sukar. Anak-anak yang kecil mana tahu apa itu Choral Speaking. Benda apa?Macam mana? Tapi sebagai guru kita perlu membuka minda mereka dengan satu benda yang baru. Tayangan Slaid video Choral Speaking yang terbaik di dalam internet menjadi sasaran aku. Syukur mereka boleh merealisasikan impian tersebut. walaupun agak sukar, namun berkat kesabaran dan kesungguhan mereka akhirnya Choral Speaking dapat dipentaskan dengan jayanya. Choral Speaking yang dilakukan adalah menceritakan semula apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 dan apa yang mereka lakukan bersama-sama aku, di dalam suka dan duka. Kisah bermula dari pagi sebelum melangkah kaki ke sekolah sampailah ke bacaan doa sebelum pulang ke rumah semula. Seterusnya dipentaskan sekali lagi di Hari Anugerah Cemerlang 2012 untuk tatapan ibubapa yang lain.
Tahun 2013. Dengan perancangan dan misi yang awal. Sasaran aku, untuk mementaskan Teater Muzikal Kisah Si Pengembala dan Biri-Biri akhirnya mendapat sokongan yang padu dari PPM, Puan Rosmazifah. Inilah impian setelah melihat cerita Upin dan Ipin dan Teater Muzikal Kisah Si Pengembala dan Biri-Biri oleh Cekgu Ecah membuka mata dan minatku untuk melakukan benda yang sama untuk anak-anakku. Dengan harapan impian ini boleh menguji sejauh mana kekuatan yang ada pada diri ini untuk melawan arus. Ya. akhirnya arus yang kuat berjaya ditawan oleh aku. Masih lagi menggunakan cara yang sama dengan menayangkan video asal kepada anak-anak untuk membuka minda mereka. Dengan harapan minda mereka akan terbuka. Syukur akhirnya minda mereka terbuka. Usah dicakap, banyak masa yang diluangkan oleh aku demi menjayakan teater ini, bermula daripada penulisan skrip ( salin skrip ), mencari lagu yang sama. Proses trim dan tukar format. Lepas itu proses joiner lagu. Cari lagu yang sesuai bagi memastikan setiap detik ada muzik. Masa ini aku merasakan inilah yang dilakukan oleh Tiara ketika ia cuba mementaskan Teater Puteriu Gunung Ledang. Ketika ini akulah Tiara. Haaa. Konya.
Satu kos yang besar telah dilaburkan untuk membeli dan menyiapkan prop dan kostum untuk merealisasikan impian aku. Banyak pihak yang terlibat dalam impian ini. Puan Yati telah memberikan bantuan untuk menjahit pakaian untuk watak pokok dan bunga. Teacher Garden telah bersusah payah mencari kostum haiwan setelah ditempah oleh aku. En. Nik Azlan, En. Kamaruzaman, En. Izzuan juga tidak terkecuali ketika aku sibuk mencari topeng semasa kita bercuti di Cameron. Cik Faridah Hanum juga tidak terkecuali mencari topeng buat aku, walaupun akhirnya topeng tersebut tidak digunakan oleh aku. Sebab sudah ada kostum yang lengkap.Tidak lupa kepada mereka yang membantu secara ringkas mahupun tidak. Sekali lagi, persembahan kita mendapat perhatian daripada pihak sekolah untuk dipentaskan di Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini. Syabas kepada anak-anak Pra Bestari.
Persembahan Mini Teater Muzikal Kisah Si Pengembala dan Biri-biri oleh Pra Bestari 2013.
Inilah tugasan terakhir aku, kerana selepas ini bimbingan daripada cikgu yang lebih baik akan mengambil alih tugas aku untuk membuatkan persembahan bagi kelas Pra Bestari pada tahun -tahun yang akan datang.
Terima Kasih buat semua yang telah membantu dan memberikan ruang kepada aku merealisasikan impian. Terima Kasih Puan Rosmazifah yang sudi dan terpaksa mengikut kehendak aku yang memang sukar dimengertikan.
No comments:
Post a Comment