Insya Allah, lebih kurang 6 jam dari detik ini, aku akan meninggalkan bumi Chemomoi buat seketika untuk kembali ke tanah leluhurku. Disana aku akan bercuti dan akan menghabiskan masa yang ada bersama keluargaku.
Inilah masa yang sesuai untuk aku merehatkan diri dan seterusnya memanggil semula kekuatan yang telah hilang. Mencari semula formula-formula yang boleh diguna pakai untuk memastikan pdp yang bakal berlangsung tahun depan akan berubah.
Ya. ini kerana aku akan merasakan baru hari pertama masuk mengajar, hari pertama untuk aku melaporkan diri, hari pertama untuk aku mengenali anak-anak Chemomoi. Hari pertama aku akan memegang buku rancangan mengajar yang bukan lagi berbentuk helaian kertas yang telah diprintkan. Bukan lagi membuka KSPK dan bukan lagi mengajar ABC, 123 kepada anak-anak yang baru mengenal erti hidup. Bukan lagi berstoking sahaja di dalam kelas. Tidak akan ada lagi terdengar tangisan anak-anak kecil di dalam kelas.
Yang pasti selepas ini tiada lagi ketakutan di kalangan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di dalam kelas prasekolah. Sudah pasti mereka akan lebih teruja lagi selepas ini. Ya. Cikgu yang paling garang di prasekolah sudah tiada. Sujud syukurlah mereka selepas ini.

No comments:
Post a Comment