Friday, February 1, 2013

Bulan Feb dah masuk....

Aduh...terlalu cepat masa berputar. dan Berputar. Yang terputar hanyalah aku dalam mencari rentak dan irama untuk memastikan perjalanan anak-anak didikku mendapat secukupnya ilmu yang akan ku berikan. 
Terasa terlalu malas masih lagi bersarang dalam hati. Adakah tiada penawar hati yang mampu membuatkan diri ini gumbira?
Aduh...2 orang murid aku gagal sepenuhnya menguasai huruf a-g dengan baik. Pening kepala aku dibuatnya. Ajar dia...lepas tu tanya balik akhirnya susah nak beri jawapan yang betul. Haaaaa
Ingatkan dapatlah penawar hati seramai 7 orang. Akhirnya tewas juga. Masih lagi mencari rentak juga. Mereka nih memang nak kena pukulan padu maut dari cikgunya. 
Seramai 18 orang masih lagi berkumbang dengan irama sukukata kv. Nak ajari mereka membentuk sukukata kvkv memmang mencabar.kerana masih ada lagi yang gagal mengingati sukukata kv dengan baik.Sabar ajelah. Harap bulan 2 akan mencerahkan irama. lebih-lebih lagi selepas tahun baru cina. Semoga dentuman bunga api yang dibakar oleh masyarakat tionghua akan mampu menghalau anair-anasir malas dalam diri cikgunya dan anak muridnya. haaa
 

No comments: