Monday, February 4, 2013

memori lama....

Tersedar dari tidur. Tak tahu nak buat apa. Layan balik penulisan dalam blog. Baca balik apa yang telah diluahkan. Memori lama kini kembali semula.Masuk tahun ini, tahun ketiga aku mengajar kelas pra. Tahun 2011 penuh dengan debaran. Tahun pertama mengajar budak kecil. Begitu banyak kenangan yang tercalar di dalam lipatan kehidupan. Namun walaupun ia tercalar ia tetap memberikan kenangan yang terindah yang tak mungkin boleh ku lupakan.
Melangkah ke tahun 2012, banyak lagi kenangan yang terputik. anak-anak sangat berbeza berbanding dengan tahun 2011. Ada yang boleh dijadikan semangat yang membara untuk melangkah kaki ke sekolah. Kasih sayang membuah-buah, sehinggakan terasa kerinduan yang amat sangat untuk melepaskan pemergiaan mereka.Namun apakan daya, usia mereka yang semakin meningkat tidak boleh memaksa mereka terus bersamaku. Lainlah aku kembali ke arus perdana, barulah kita sentiasa bersama.
2013. Terasa sedikit hambar. Entah kenapa?Puncanya hanya satu, bebanan tugas masih lagi banyak. Selain menjadi guru pra. Aku diletakkan sebagai Guru Aset Sekolah. Memang aku terima, sebab aku hanya hendak melihat akan kebodohan dan kedunggunan mereka yang bergelar ketua. Adakah mereka mengerti atau buat-buat tidak mengerti. Apa makna mengetuai PRA peringkat daerah sekirannya, amanat En. Mat Jusoh tidak boleh dipakai. Buat apa, En. Mat Jusoh membilang dan memberitahu dalam perjumpaan Guru Pra bahawa guru pra tidak layak mengetuai/memegang apa-apa jawatan yang berat di sekolah. Kalu keadaan ini masih lagi berlaku.
Semangat dalam 2013, baru sahaja aku pupukkan. Hari ini, dari jam 1 petang hingga jam 5 petang aku berkampung di dalam bilik darjah untuk memastikan kelas ada perubahan. Biarlah angin perubahan akan bergerak sepanjang tahun ini. Harap angin yang bertiup itu, tiada halangan yang memberhentikan niat baik ini.
2013... tahun terakhir aku mengajar PRA SEKOLAH. Harap mereka yang bergelar KETUA akan faham derita yang ditanggung oleh insan yang terdera perasaan ini.
Jangan hanya menyatakan KEBAJIKAN semua pihak dijaga. Tapi hakikatnya KEBAJIKAN kepala otak sendiri sahaja yang di JAGA.   

No comments: