Dari hari Isnin sampai kini...masih lagi berurusan seorang diri di dalam bilik prasekolah. Setelah Kak Ros terpaksa bercuti menemani suami tercinta sedang sakit di hospital.
Semuanya terpaksa mengurus kelas seorang diri. Nak mengajar, nak beri makan dekat budak. Sebagainya.
Yang menjadi persoalan kepada diri ini, kenapa ada lepas tangan dan permerhatian dari pihak atasan. Aku dah lah bukan OPSYEN PRASEKOLAH. Agaknya kalau aku masukkan julat dalam makanan budak agaknya baru meraka, nak datang melihat perkembangan dalam bilik prasekolah. Tak pernah datang bertanya aku, apa masalah aku. Sedangkan mereka sedia maklum tentang masalah aku. TERPAKSA MENGAJAR PRASEKOLAH dan KINI PPM AKU TIADA DALAM KELAS. BODOH PUNYA PENTADBIR. Hanya itulah ungkapan yang mampu aku berikan kepada mereka. Langsung tak CAKNA dengan masalah yang menimpa orang bawah. BANGGANG juga sesuatu ungkapan yang lagi tepat buat mereka.
Tak sanggup sungguh aku berada di alam persekolah sini, yang memang entah apa-apa. Tahun ini, aku akan buat permohonan pertukaran sekolah. Tak sanggup aku mengajar budak prasekolah lagi. Biarlah meraka tahu juga susah payah kita.
Ya Allah permudahkanlah urusan aku selepas ini.
No comments:
Post a Comment