Thursday, March 7, 2013

Hampir di tipu....

Mujur bertindak cepat. Walaupun dah terlewat. Jika tidak habislah duit dalam bank, walaupun tak banyak, itulah duit untuk hidup.Puncannya terima panggilan telefon dari seseorang bertanya akan penyata kewangan bank, dengan bangga aje bagi. Bertikam lidah tak nak bagi nombor 3 digit dekat belakang kad, dia cakap jika tak ada kerjasama kad akan diblock. Kena urus kat Putrajaya. sape nak pergi kat Putrajaya, akhirnya bagi.Disitu juga dia menipu nombor 3 digit tak begitu penting, yang penting nombor kad. Orang bank cakap 3 nombor itu lebih penting. Akhirnya dia cakap permotongan RM300 akan dilakukan untuk kad klinik. Dah cakap tak nak, tapi dia cakap permotongan akan dilakukan juga, kena guna sehingga setahun.
Balik aje, dekat rumah cek duit masih tak terusir lagi. Buat pemindahan duit ke bank lain ( bank adik punya ). Kira lega sedikit. Walaupun dalam bank ada sedikit lagi baki.Terima nasihat adik buat laporan dekat pusat khidmat pelanggan bank. Mujur dapat dilayan. Kad kini telah diblock. Harap semuanya akan berakhir.Hanya menanti kad bank baru.
Pengajaran dari peristiwa ini, jangan sekali-kali mudah terpedaya dengan panggilan telefon sekirannya berkaitan dengan kad atm. Dia orang boleh melakukan apa jua sekirannya kita memberi maklumat kad kepada pihak ketiga. Pertama no kad atm. Kedua no. 3 digit dibelakang kad berhampiran tempat kita turunkan tandatanngan. Itu nombor tidak boleh diberikan kepada sesiapa.
Syukurlah masih ada rezeki lagi. Jika tidak segalanya akan berakhirlah.

No comments: