Wednesday, February 5, 2014

masa yang berlalu sukar diganti balik...

Entah dimana silapnya. Aku boleh terlepas pandang jadual aku hari ini. Terlupa sehinggalah aku tersedar bahawa aku ada kelas. Itupun tersedar pada jam 9.20 minit. Aduh memang zalim aku hari ini. Sepatutnya aku melangkah ke kelas 4B jam 8.40 hingga jam 9.40. Tapi aku hanya mampu berada di dalam kelas 10 minit sahaja.
Terpaksa meminta maaf daripada anak-anak didik aku akan keterlewatan aku menghadiri ke kelas hari ini.Ini kes pertama aku setelah aku melangkah kaki ke arus perdana. Minta selepas ini tiada lagi masalah ini akan berlaku lagi. tak sanggup aku menghadapinya.
Berkali-kali aku memohon kemaafan kepada mereka disebabkan kelewatan aku melangkah kaki ke kelas. Ya Allah Ya Tuhanku, hamba mu ini bukan sengaja, semoga rezeki aku diberkati olehNya.Amin

No comments: