Jam tepat pukul 7.40 pagi aku melangkah kaki ke 2 Arif. Seperti biasa memeriksa kerja rumah yang telah aku titipkan kepada mereka semasa ketiadaan aku di dalam kelas, disebabkan aku ke PPD Bentong bagi menghadirkan diri ke program LINUS. Walaupun sekadar kerja ganti kepada seseorang.
Semak kerja. 3 orang murid aku gagal menyiapkan kerja yang telah aku berikan kepada mereka. Hampir 3 bulan mereka belajar dengan aku masih belum kenal siapa lagi ZAHARONIZAL OTHMAN? Terkoyak kertas tersebut dikoyak oleh aku.Dicampakkan ke muka mereka. Itulah kerja gila yang aku lakukan. Mangsa yang kena Iqlima, Lily dan Fakhrul. Memang aku memang zalim tapi aku masih boleh berfikir sekirannya mereka buat latihan tersebut di dalam kelas tapi mereka....hanya suka bermain.
Siap memaksa mereka menulis pemohonan maaf sebanyak 100 kali. Inilah kekejaman yang aku lakukan demi masa depan mereka. Biarlah mereka benci aku sekarang namun yang aku minta, biar mereka berjaya dimasa depan. tahu tanggungjawab mereka, susah payah ibubapa mereka menghantar mereka ke sekolah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment