Pelik dan pelik. Memikirkan masalah yang berlarutan dari dulu hingga kini. Tak pernah nak selesai juga. Entahlah di mana silapnya dan di mana kekurangnya.
Tapi jika dilihat dalam keadaan sekarang tiada yang mustahil dalam dunia pendidikan hari ini. Bak kata pepatah jika nak melentur buluh biar dari rebungnya, atau bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Inilah yang berlaku kini. Masalah yang melanda tak pernah kering. Masih lagi basah.
Bagi masalah ini semua pihak perlu ambil peranan, tak boleh melepaskan tangan, tak boleh memikirkan kerusi empuk sahaja, tetapi kena juga melihat kerusi orang bawah, macam mana adakah kerusi orang bawah itu berlubang, senget, patah dan sebagainya. Tak boleh memikir kerusi kita sahaja.
Biasalah, semuanya memberikan kesan dari perbuatan kita juga. Betullah terlajak perahu masih boleh diundurkan, tapi terlajak mulut binasalah... Tu pentingnya kita berhati-hati bila bercakap. Jika kita tidak tahu, perlu bertanya, jika tak pasti jangan sekali-kali menyerang tak tentu pasal.
Bak kata Hazama di dalam lagunya:-
"Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik pula bercabang tiga
Kalau tak tahu jangan menambah
Apa nak hairan?
Baik lu diam saja "
"Bukan aku nak sangkal kita handal
Kekadang yang bebal susah tampal
Mana boleh nak bedal
Kena berakal"
Pilihlah lirik mana yang sesuai dengan kita, nak diam atau kena berakal...tapi dua -dua itu perlu ada kotak pemikiran kita, jika hendak menjadi yang terbaik.
No comments:
Post a Comment