Thursday, April 3, 2014

Yang menyakitkan...

Cikgu lelaki tak boleh mengajar prasekolah. Satu ayat yang amat menyebabkan hati ini terguris perasaan. Tak puas hati. satu kenyataan yang cukup pedih. Kenapa masa tahun 2011 aku dikehendaki mengajar prasekolah? Kenapa sekarang lelaki tak boleh mengajar prasekolah?Sedangkan aku terpaksa berjuang demi kepentingan aku sendiri?Kenapa aku dijadikan mangsa keadaan?
  1. Adakah masa aku datang ke sekolah tahun 2011, aku lengkap berpakaian baju kurung atau sebagainya. 
  2. Sebulan mengajar aku terus ada masalah dengan ibubapa, tapi aku terus juga mengajar prasekolah sehingga 3 tahun, itupun setelah aku mengamuk di dalam bilik mesyuarat.
  3. Kenapa tahun 2011, siap ada praktikum di dalam kelas prasekolah? Kenapa sekarang tidak perlu?
  4. Sekarang janji-janji itu terus bermain di mulut yang tidak bertulang..
Mengapa kau berjanji
Mengapa kua kecewakan
Mengapa kau hancuri
Mengapa kau membinakan

Mengapa kau sakiti
Mengapa kau melukakan
Mengapa kau memberi
Mengapa kau melupakan

Mengapa kau akhiri
Mengapa kau memulakan
Dengan getaran jiwa
Ku kemukakan pertanyaan

Korus:
Tak ingin ku kau berjanji
Tak ingin ku dikecewakan
Tak ingin  harapan  dinodai
Tak ingin dihancurkan

Tak ingin ku disakiti
Tak ingin ku dilukakan
Tak ingin ku kau beri
Bila kau melupakan

Tak ingin ku akhiri
Bila kau memulakan
Dengan perasaan hampa
Ku meminta jawapan...

Hanyalah sekadar meluahkan apa yang telah aku rasakan selama ini.

No comments: