Friday, May 16, 2014


16 Mei Kembali...
Mengintai kembali saat -saat indah bersama melayari kehidupan dari didikan yang tiada penghujung. Terima kasih buat kedua ibubapaku yang menjadi guru secara tidak formal. Walaupun tanpa segulung ijazah yang mampu dibanggakan namun kejayaan hari ini bermula dengan mereka berdua.
Terima kasih buat semua guru-guruku yang mengajar aku semaasa berada di Sekolah Kebangsaann Paya Bemban dari darjah satu hingga darjah enam. dari tidak mengenali ABC, 123 kini aku boleh membaca dan mengeja.
Terima Kasih kepada semua cikgu-cikgu di Sekolah Menengah Putera, yang mengajar aku ertio kehidupan. Yang mengajar aku tentang erti hidup. Tanpa didikan darimu, aku gagal mencapai impian yang ada.
Terima kasih buat semua cikgu-cikgu ku di Sekolah Menengah Kota Bharu. Tanpa dirimu siapalah aku untuk mengetuk pintu kehidupan.
Terima kasih buat pensyarah-pensyarahku di Universiti Sains Malaysia tanpa dirimu aku gagal menjejaki kakiku ke alam kehidupan yang sebenarnya.
Terima kasih buat peensyarah-pensyarahku di Universiti Utara Malaysia, walaupun pertemuan kita tidak berakhir dengan kesudahan namun ilmu yang diajar nbanyak diguna pakai dewasa ini dalam melayari kehidupan aku sebagai guru kini.
Terima kasih buat semua pensyarahku di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, tanpa didikan dan tanpa tunjuk ajarmu aku pasti gagal mengawal kelas dengan baik kini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan selaku guru-guru secara tidak formal di Maahad Darul Anuar, tanpa engkau tidak mungkin aku berdiri sebagai seorang guru pada hari ini. Tanpa tunjuk ajar darimu pasti aku gagal mengawal kelasku dengan baik. Tanpa mu aku pasti tidak akan mengena apa itu saat indah bersama-sama mu.
Terima kasih buat rakan-rakanku di Maahad Rahmaniah Kuala Krai yang banyak membantu aku dalam melayari kehidupan disana.
Terima Kasih buat semua guru pembimbing ku di Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al-Jaffri, tanpa tunjuk ajarmu gagallah aku menjadi guru yang baik.
Terima kasih buat sahabat-sahabat ku di Sekolalah kebangsaan felda Chemomoi yang sabar melayan karenah ku di dalam melayari kehidupan ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Farha, Puan Manisah, Puan Rosmazifah, Puan As, Puan Yana yang sudi melayan karenah dan telatahku semasa melayari kehidupan yang lain semasa ku berada di dalam awangan. Kesabaranmu mematangkan aku. Terima kasih semua. Jasamu akan tetap ku kenang.

No comments: