Sunday, May 25, 2014

Siap jua akhirnya...

Berhempas pulas sejak dari pukul 4 petang menyiapkan buah tangan untuk anak-anak pada masa cuti sekolah. Hanya mampu siapkan untuk anak-anak di tahun satu sahaja.
Tahun 4 tak boleh disiapkan. Sebab belum bermula lagi. Jik ada kekuatan dan kesempatan untuk membuatnya pasti akan dilakukannya.
Harapan aku segunung impian agar ibubapa akan membantu anak-anak mereka dalam menyelesaikan kerja sekolah tersebut. 3 minggu jika tanpa sokongan dan ajari dari ibubapa alamatnya meraka akan datang dengan kekosongan sahajalah masa buka sekolah nanti.
Buatlah yang terbaik ibubapa, kerana aku sudah membuat bahagian aku. Kini bahagian dikaulah sahajalah yang akan menjadi saksi kecaknaan ibubapa terhadap pembelajaran anak-anak.
Jangan hampakan harapan aku untuk melihat anak-anak berjaya.
Kerana aku sanggup datang awal pada hari ini untuk menyiapkan latihan buat mereka. Jika aku sanggup berkorban masa untuk mereka mengapa tidak mereka berkorban masa untuk anak-anak mereka. Jangan hampakan impian ku. Amin

No comments: