Tuesday, August 12, 2014

Jahatnya....

Aku masih seperti hari-hari kelmarin masih lagi seperti biasa. Nak marah kepada anak-anak 4 Arif punca hanya aku memberikan sedikit kerja yang cukup banyak. Namun kerja yang aku berikan bukan dibuat di rumah tapi dilaksanakan di sekolah ketika ketiadaan aku ketika aku berkursus di Bentong.
Akhirnya ia memakan diri ini.
Aku masih lagi marah dengan mereka. Kelas menjadi tidak ceria. Bagaikan dilanda garuda. Gelak tawa mereka tidak membangkit roh aku untuk bergabung dengan mereka.
Sebab bagi aku, sila jumpa aku. Kita bincang. Jika aku dapat tahu bahagian belakang aku akan memberontak. Itu prinsip aku.

Aku masih lagi teringat-ingat ketika aku mengajar di Maahad Rahmaniah, Kuala Krai ( MRKK ). Ketika itu aku mengajar murid tingkatan 1. kelas kedua. Seorang pelajar aku bernama Johari tidak mahu datang ke sekolah disebabkan takut kepada aku. Hukuman aku, mudah sahaja cubit di dada. Sakit memang sakit.
Tapi itu bukan masalahnya. Yang aku puji keluarga Johari.Datang bincang dengan aku seelok-eloknya. Berjumpa dengan aku terus. Tidak melalui jalan belakang. Terus berbincang dengan aku. Aku tak rasa marah, aku tak rasa kecil hati. Dia juga ok. Aku juga ok.
Dah besar. Aku masih lagi boleh berhubung. Walaupun aku hanya sempat mengajarnya setahun. Dia juga pernah menelefon aku ketika dia berjuang dengan PMR. Tiada sekelumit pun kemarahan di dalam diri ini.
Aku punya perasaan. Kita boleh bincang. Luangkan masa untuk berbincang. Aku boleh terima hakikat. Jika itu yang salah, aku boleh mengalah. Tapi sekirannya aku ditikam disebelah belakang. Aku sukar boleh menerimanya.
Datang ke sekolah cari jalan penyelesaian. Tanya apa puncanya. Itu lebih baik. Hubungan kedua pihak menjadi ok. Pertembungan 4 biji mata akan menghasilkan satu kedamaian. Cakap-cakap belakang inilah yang sukar diterima oleh aku. Jangan jadikan wujud kenangan 2011 berulang di tahun 2014. Versi kerja sekolah banyak bagi tahun 2014.
Sudah menjadi kelaziman bagi aku, sediakan bekalan untuk anak-anak ketika berada di rumah. Zaman aku berada di Prasekolah, aku memang antara yang bagi kerja rumah yang banyak kepada anak-anak aku. Sentiasa ada kerja. Hanya satu sahaja niat aku, untuk memberi nilai tambah kepada mereka. Tiada pernah terlintas di hati aku untuk mendera mereka. Tiada pernah.
Jika hendak dikatakan, rajin tak juga. Siapa yang rajin hendak menyemak kertas yang banyak. Jika hendak rehat yang cukup baik tak perlu bagi latihan kepada anak-anak. Mana ada pengukuhan untuk mereka.
Buat kerja di dalam kelas, masih belum boleh siap. Bermain, dan bermain. Jadi kerja terpaksa disambung di rumah. Adakah itu juga salah seorang guru?
Mereka pernah atau tidak duduk bersemuka dengan anak-anak mereka, bertanya khabar tentang anak-anak, kenapa kerja cikgu bagi banyak. Siasat dengan jelas. Tiadake kerja yang perlu dilakukan di dalam kelas bersama-sama dengan cikgu dalam kelas? Jika ada kenapa anak kita tidak siap? Cari punca tersebut.
Anak-anak kita depan kita memang terbaik. Memang patuh arahan kita. Tapi di sekolah anak-anak kita hanya tuhan sahaja yang mengerti.
Kenapa ini berlaku?Sebab didikan kita. Kita terlalu memanjakan anak-anak kita. kita lupa bahawa kita jarang berada disisi mereka.
Ya Allah, berikan aku kekuatan ini. Jika aku berada di jalan yang salah. Ampunkanlah dosa aku. Sekirannya aku berada dijalan yang benar engkau berilah aku petunjuk dan hidayah untuk aku terus boleh berdepan dengan situasi ini dengan lurus.

No comments: