Apa persoalan yang bermain di fikiran kenapa ada yang mengubah apa yang aku lakukan ke atas budak 4 Arif terjawab pada hari ini. Rupanya ada aduan yang diterima daripada seorang ibubapa bahawa aku menyuruh anak mereka membuat kerja banyak. Haaaa... aku rasa bukan banyaknya aku suruh buat peta minda untuk sejarah bab 6 itu yang penting. Tapi bab lain sila pastikan siap.
Tapi yang aku paling menyampah sekali kenapa tak ingin berbincang dengan aku terlebih dahulu. Jumpa aku tak perlu terus kepada orang yang tidak sepatutnya.
Mari kita bincangkan. Aku memang ajar anak mereka buat nota sendiri. Yang aku bagi memang aku bagi. Hanya minta buat peta minda daripada nota yang telah aku berikan. Sukarkah. Aku suruh mereka buat kerja aku pada hari Khamis dan Jumaat pada masa Bahasa Melayu. Sebab aku terpaksa meninggalkan kelas kerana pergi ke PPD untuk satu kursus bahasa melayu.
Murid-murid diminta gunakan masa yang terluang untuk melakukan kerja yang telah aku tinggalkan. Sukarkah. Jika anak mereka gagal melakukan kerja tersebut di sekolah salahkah aku? 4 masa yang diberikan. Buat peta minda.
Jika anak mereka tidak pandai mengurus masa, itu satu cara yang aku berikan kepada mereka agar anak-anak mereka pandai mengurus masa.
Jangan jadi bodoh.
No comments:
Post a Comment