Tuesday, November 11, 2014

Malam ini...

Memang harapan aku, mahu melihat semua anak-anak aku menjadi insan yang berguna. Tetapi dalam masa yang sama menjadi anak-anak yang tahu mengenal erti susah dan payah seorang "ibubapa" mereka membesarkan mereka.
Bukan sekadar selepas berjaya melangkah ke alam remaja, sudah tidak mengenal siapa ibubapa mereka yang bersungguh-sungguh memberikan ilmu kepadanya.
Itulah yang menjadi harapan dan berkali-kali aku menyatakannya.
Itulah antara perbualan sms yang terhasil antara aku dan  Ekmal pada malam ini...
Bersama Aiman... benda ini bukan baru. Sudah lama aku katakan.
Tapi andai kata...
Aku tak salahkan mereka...mungkin ini salah aku.



No comments: