Tak perlu lagi memikirkan dan berfikir tentang semua itu. Malam ini telah selesai.
Terima kasih kerana memahami. Syukur dapat juga berjumpa dan bertanya khabar tentang anak pada malam ini. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Ku sampai pada pukul 9.30 malam berakhir pukul 10.30 malam.
Akhirnya telah bertukar tangan hadiah yang ingin ku berikan. Tak perlu lagi aku simpan dan simpan. Biarlah bertukar tangan.
Semoga ia akan bermaafaat kepadamu wahai anakku. Gunalah ia sebaik yang boleh. Usah ditanya dan usah difikirkan. Mengapa dan berapa. Terimalah ia seadanya.
Semoga pemberian ini akan memberikan manfaat kepadamu dalam mengurus masa. Tugas sebagai anak lelaki terlalu besar dibahumu.
Tak sangka inilah pilihannya. Daripada 2 pilihan. Ini pilihan yang dipilih. Ini bermakna satu lagi akan menjadi milikku.
Esok kita pakai.


No comments:
Post a Comment