Monday, June 29, 2015

tidur...lelaplah mataku

Adakah kerana segelas kopi? Menyebabkan mata tidak boleh lelap. Andai itu yang terjadi berat juga. Rasa ini kopi pertama sejak berada di Chemomoi. Sebelum ini pun aku tak minum kopi.
Dicampur pula kepala berdenyut-denyut, sunquick jadi penahannya. Syukur semua ok. Walaupun mata ini belum lelap dengan penuh sempurna lagi.
Apa-apa pun terima kasih Aiman sekeluarga. Kenangan semalam tidak mungkin terpadam dalam memori ini.
Apa-apa pun kita akan terus program kita. Menyemarakkan keindahan bulan ramadhan dengan berbuka puasa bersama-sama.

Aktiviti di bulan ramadhan sedikit bertukar. Tidak mungkin sama seperti hari-hari biasa.

No comments: