Sangat letih. Tak larat sudah untuk ku berfikir. Mencari dimana kekuatan dan kelemahan diri. Ku berharap kedamaian akan terus menyelubungi kehidupanku. Agar aku terus dapat bernafas dengan tenang.
Aku perlu teruskan kehidupan walaupun kelemahan mula menguasai semangatku. Apa yang kuharapkan semakin runtuh. Aku tewas. Aku gagal.
Dalam usia yang semakin mengejar dunia yang hakiki...aku tewas dalam pencarian. Aku gagal menemui titik kebahagiaan.
Aku kini bergayut di dahan yang rapuh hanya menanti masa untuk terkulai menyembah bumi yang kudus.
Permainan hidup terlalu perit. Tidak mampu untuk ku bertahan.
Tidak mungkin ku salahkan kuasamu Ya Allah. Sebab ku tahu jodoh dan maut itu adalah rahsiamu.
Tapi haruskah aku terus menanti dan menanti seperti pungguk yang merindui bulan. Aku tidak larat. Keletihan menguasai hidupku. Aku penat untuk terus menanti. Aku takut hidup sebegini. Aku risau dimana dan bagaimana episod terakhit hidupku akan terhenti.
Andai ku dapat mengorek rahsia itu. Tidak perlu untuk ku terus menanti. Aku insan ysng lemah hanya mampu dilambung ombak kehidupan.
Andai itu yang tersurat biarlah yang tersirat tidak jelas dimataku. Aku takut untuk terus beirmain teka teki.
Biarlah ku rawat duka dihatiku dengan caraku. Jangan diseksa hidupku pula kerana itu yang telah kau tetapkan. Aku hanya menyahut cabaran hidup yang telah dicorak olehmu.
#letihdenganpermainandunia
#akhiripenantianku

No comments:
Post a Comment