Sunday, February 21, 2016

3 Bestari 2016


Mungkin...
Mungkin kita telah dijodohkan untuk bersama lagi.
Walaupun...
Walaupun aku pernah menyatakan kepadamu... aku tidak mahu lagi mengajar dirimu. Sebab aku mahu memberikan ruang kepada cikgu yang lebih terbaik. Agar dirimu menjadi lebih terbaik. Sebab aku gagal memberikan kejayaan yang cemerlang kepadamu. Aku pasrah.
Noktah.
Titik permulaan telah kulakukan. Kini hanya tiba titik noktah sahaja.
Kita tak mungkin menjadi yang terbaik andai titik noktah telah ku letakkan sebelum kita berjuang.
Kita tak mungkin menjadi seperti 2014 andai titik noktah telah ku letakkan sebelum kita berjuang.
Kita tak mungkin...walaupun sebab titik noktah telah ku tanam dalam diri ini rapat-rapat. Agar tidak mungkin luntur.
Aku hanya menanti keajaiban yang mampu memberikan seribu satu semangat kepada diri ini...

No comments: