Situasi 2011 kembali semula
untuk 2017. Jika 2011 aku cubit anak orang sampai merah hidung. Tapi
kali ini aku guna kata-kata yang menyebabkan isu ini semakin memuncak.
Tapi yang menjadi masalah kepada aku, mengapa mereka tidak mahu berdepan dengan aku?
Susah sangatke untuk berdepan dengan aku?
Kita boleh berbincang jika terguris dengan kata-kata yang telah aku gunakan terhadap anak mereka.
Sebab
aku sendiri masih waras ketika aku mengucapkan kata-kata tersebut. Aku
sendiri mengaku kepada anak-anak didikku aku terpaksa menggunakan
kata-kata tersebut.
Celaka... babi...itulah yang aku gunakan.
Ya aku sedar itu ungkapan yang tidak baik...
Aku siap bagi sebab dan alasan kenapa aku bertindak
begitu terhadap mereka.Malah aku sendiri menyatakan apa objektif aku.
Malah aku sendiri menyatakan kepada mereka balik bagitahu mak ayah awak,
sebagaimana yang telah aku pesan.
Tapi sayang...
Mereka hanya memberitahu akan keburukan aku sahaja... tetapi mereka menutup keburukan dan kesalahan mereka.
Tapi lebih sayang lagi...
Ibu
bapa mereka yang mempercayai kata-kata anak-anak sahaja. Komunikasi ibu
bapa dan anak terhenti di skala itu sahaja. Ibu bapa tidak cuba untuk
cungkil persoalan ini sedalam-dalamnya. Ibu bapa terus menghukum aku
tapi pembelaan.
Semua orang sayangkan anak. Penat lelah membesarkan anak-anak sehingga besar seperti ini, aku tahu. Tapi janganlah sayangkan anak membabi buta tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.
Inilah 3 Azkiya' 2017. Kisah kini kembali
No comments:
Post a Comment