Monday, February 20, 2017

Sayang anak...

Betul semua orang sayang anak. Binatang pun pandai sayang anak.
Begitu juga aku juga sayang anak didikku.
Aku tahu kadang- kadang terlepas bahasa yang kasar. Tapi itu hanya untuk mendidik mereka.
Jika dengan penuh kelembutan tidak jalan kita guna bahasa yang kesat. Memang kejam tapi kadang-kadang dengan cara itu mereka berubah.
Ya. Aku sedar. Kita sebagai guru tidak baik untuk berkata-kata kesat kepada anak-anak kita. Tapi kadang-kadang kita sebagai manusia yang lemah tidak mungkin terlepas daripada melakukkan masalah tersebut?
Tapi adakah kita sebagai ibu bapa pernah bertanya kepada anak-anak kita kenapa cikgu mereka berkelakuan seperti itu?
Adakah ibu bapa hanya mendengar cerita anak sahaja tanpa melakukan siasatan yang lebih?
Adakah ibu bapa hanya melihat kejahatan cikgu sahaja tanpa bertanya kepada anak-anak apa cerita sebenar?
Adakah ibu bapa pernah bertanya kepada anak-anak apa yang telah dipesankan oleh guru anak kita buat kita?
Adakah kita percaya anak-anak kita menyampaikan dengan jelas tentang peristiwa tersebut?
Adakah kita percaya anak-anak kita tidak memanipulasikan cerita sebenar untuk menyalahkan guru mereka?

Aku tahu islam telah menggariskan panduan kepada ibu bapa di dalam  proses mendidik anak-anak kita.
Aku tahu islam telah mengajar kita etika dalam proses penyampaian ilmu kepada anak-anak kita?
Aku tahu...
Tapi aku terbabas di saat kita sendiri tertekan dengan situasi yang berlaku pada saat tersebut?
Adakah ibu- ibu dan bapa-bapa tahu apa yang tergolak dalam permikiran guru ketika itu?
 

No comments: