Friday, November 3, 2017

Risau

Markah Bahasa Melayu Pemahaman untuk kelas 3 Azkiya sangat teruk. Paling tinggi dapat markah hanya 86 sahaja. Markah Bahasa Melayu Pemahaman kelas 5 Najihin pula sangat terbaik. Paling tinggi markah 94.
Persoalan yang bermain-main di mindaku sehingga kini. Markah Bahasa Melayu Pemahaman kelas 5 Najihin yang terlalu tinggi...
a. soalan yang sangat mudah
b. murid terlalu bersedia
c. permarkahan yang sangat murah
Bukan tidak yakin kepada anak didik sendiri tapi risau TOV tahun depan sangat tinggi. Takut menjadi beban kepada siapa yang akan mengajar tahun depan. Itulah kerisauan yang sangat tinggi sekarang.
Takut anak-anak terlalu seronok dengan markah yang tnggi sehingga naik lemak...

No comments: