Bonggok. Buat kerja secara ikhlas. Hasilnya menyakiti hati. Baik tak perlu terlibat. Senang-senang sahaja berada di rumah. Tak perlu bergelombang bersama-sama.
Perancangan mereka perlu cerdik. Bukan sengal. Kena melihat dari hati bukan dari mata kasar.
Letakkan perasaan orang lain di tempat kita itu sebelum menentukan apa-apa sahaja keputusan yang dijalankan.
Agarnya inilah yang dirasai oleh Iqval selama duduk di SKFC hampir 20 tahun. Mendapat penghargaan yang sama dengan orang yang berada 1@ kurang 5 tahun di sekolah.
Inilah perasaan itu. Inilah detik itu. Inilah puncanya orang boleh merajuk dan terus merajuk.
Buatlah pemikiran yang waras dalam membuat keputusan. Jangan ingat perasaan orang itu tidak tersentuh. Jika sudah tersentuh, luka di dalam akan menjadi sukar untuk dipulihkan.
Aku hanya menyatakan sahaja. Perasaan ini disini sahaja. Bukan untuk dikongsikan diluar. Jika terkongsi diluar sana. Tabahlah yang terkena.
Berfikirlah disaat membuat keputusan itu. Jangan berfikir sesudah membuat keputusan itu. Sedih terasa.
No comments:
Post a Comment