Ada masa aku boleh menerima gurauan daripada rakan-rakan.Ada masa aku tidak dapat menerima gurauan yang melampau.Lebih-lebih lagi gurauan yang aku sendiri tidak dapat mengetahui puncanya.
Kes aku mengikuti rombongan Prasekolah dan Tahun 6 pada tahun lepas betul-betul membuatkan aku tidak dapat menerima kenyataan.
Aku tidak pernah melobi diri ini untuk mengikuti lawatan tersebut.
Prasekolah.
Ya aku betul, aku pernah mengajar di prasekolah tetapi aku tidak pernah menggunakan pengaruh aku untuk mengikuti rombongan tersebut. Tidak pernah sama sekali.
Aku menyangkakan selama ini, jemputan kepada aku ikhlas, rupanya terpaksa.
Baru aku tahu daripada kenyataan Farah pada petang tadi. Terkejut dan terkejut.
Nama aku tidak pernah wujud tetapi akhirnya diwujudkan oleh tangan-tangan mana yang aku sendiri tidak tahu.
Tuduhan aku mengipas satu tuduhan yang tidak boleh aku terima dengan akal yang waras.
Tahun 6.
Aku dijemput untuk mengantikan Kiran. Itulah yang dinyatakan. Perkara lain aku tidak tahu. Penyertaan aku ke dalam rombongan kesan daripada Kiran tidak boleh pergi.
Aku tidak tahu cerita.
Tetapi kedua-dua itu hanyalah satu cara untuk menyejukkan kemarahan aku sahaja. Itylah yang aku rasa.
No comments:
Post a Comment