Aku memang tak boleh untuk mengundurkan diri lagi, setelah dengan kenyataan Farah petang kelmarin. Walaupun aku masih boleh melawak lagi dalam bilik guru. Tetapi satu titik kecewa telah terbenam di dasar hati aku.
Aku tidak pernah meinta-minta untuk mengikuti mana-mana rombongan yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Tidak pernah sama sekali. Aku ulangi tidak pernah sekali.
Aku pergi rombongan prasekolah pun aku bayar. Bukan percuma. Tetap aku bayar. Jika ini menjadi isu. Aku tekad untuk tahun ini. Jika nama aku dicadangkan aku memohon mengundur diri. Aku tidak mahu.
Aku ada perasaan. Ada masa kita boleh melawak. Tapi ada masanya kita perlu menjaga aib orang itu.
Lainlah jika aku terhegeh-hegeh merayu-rayu meminta nama aku dicalonkan. Itu wajar jika hendak dijadikan isu. Ini satu perkataan dari mulut aku tidak pernah ku tuturkan untuk mengikuti rombongan.
Aku memang nampak sentiasa, ceria. Tetapi ada masanya aku boleh tersentak dengan lawak yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.
No comments:
Post a Comment