Thursday, May 16, 2019

luahan...


Inilah luahan hati dan perasaan aku di hari Guru buat tahun ini. Luahan hati yang ada sedikit terguris kesan daripada kebodohan ibubapa pada zaman sekarang.

2009 
Aku pernah mendenda anak murid aku di MRKK. Kena cubit. Tapi aku puji ibu bapanya sebab datang berjumpa dengan aku secara empat mata demi kejayaan anaknya. Syukur sekarang anaknya masih lagi menjadi kawanku di alam maya FB. Johari namanya.

2011
Bermulalah episod demi episod ketidakpuasan hati ibu bapa terhadap aku. Seolah-olah aku mengajar anak mereka untuk membunuh anak mereka.
Bermula dengan alam prasekolah hinggalah sekarang. Ada sahaja yang tidak pernah berpuas hati. 
Aku sedar dan redha sahaja dengan ujian tersebut. Jika mereka mengenal hati dan naluri ini...mereka mungkin akan mengenal diri ini. Tetapi mereka bukan mengambil jalan yang lurus...jalan yang bengkok itulah yang dipilih olehnya.
Mengumpat, mencaci, memburuk-burukkan diri ini tanpa rasa salah, tanpa rasa berdosa. Hakikatnya diri ini masih lagi dan sedang mendidik anak-anak mereka untuk menjadi manusiawi.
Ya Allah Ya Tuhanku, mereka yang telah memilih jalan yang salah mengajar anak mereka untuk tidak menghormati guru. Itulah yang mereka ajari. Itulah yang mereka didikan.
Kesannya anak-anak melangkah keluar dari sekolah rendah ke sekolah menengah, berselisih bahu dengan cikgu pun, seolah-olah tidak pernah mengenali diri ini. begitu bongkak dan sombongnya mereka. seolah-olah mereka boleh mengenal ABC, 123 sejak keluar dari perut ibu mereka. Inilah situasi sekarang anak-anak SKFC...
 

No comments: