Terima kasih Fatin...saban tahun tidak pernah lupa mengucapkan selamat hari guru buat diri ini. Walaupun diri ini tidak pernah sama sekali mencurahkan ilmu terhadapmu. Hanya sempat menjadi guru di saat kamu berada di MADA.
Sungguh hebat didikan ibu bapamu dalam menghormati jasa seorang guru.
Tak perlu hadiah segunung intan... Cukuplah sekadar ingatan dan sedekah Al Fatihah yang ku idamkan. Itu sahaja.
Terasa cukup bertuah dan bangga melihat anak murid yang berjaya malah ada yang sama menjadi guru.
Terasa bagaikan satu kejayaan yang paling besar dalam hiidup.
Ungkapan dari hati suci anak murid mengembirakan diri ini.
Terima kasih.


No comments:
Post a Comment