Biarlah. Mungkin ini yang terbaik untuk kita. Kau diam di rumah engkau, Aku diam di rumah aku.
Aku sibuk di rumah aku, Engkau sibuk di rumah engkau.
Aku layan diri sendiri. Emgkau layanlah teman baru mu.
Aku mengerti dan sedar kini, aku betul-betul tiada kepentingan dalam hidupmu.
Bukan isu 4 hari tidak hadir. Setelah aku selak balik WhatsApp kita berdua sejak aku kembali ke Chemomoi.
Tiada satupun WhatsApp darimu yang meminta aku ambil engkau dengan niat yang baik dari mu.
2 kali engkau panggil aku, sebab engkau ada agenda yang hendak dibincangkan. Iphone.
Mana logik aku hendak beli dekat engkau. Sedangkan aku sendiri guna Vivo sahaja. Vivo yang berharga RM1000 sahaja.
Jika aku, tak WhatsApp kat engkau setelah 14 hari aku sudah ada di Chem. Pasti emgkau tak WhatsApp aku. Kau mungkir janji.
16 hari di sini, baru kau hadir. Rupanya terpaksa. Cukuplah. Cukuplah.
Kita buat hal masing-masing. Aku tak akan ganggu engkau. Engkau tak perlu diganggu lagi.
Engkau boleh berbakti dengan keluarga. Melayan kekasih engkau, yang kenal tak sampai setahun. Teruskan...
Aku undur diri...
No comments:
Post a Comment