Saturday, February 13, 2021

Hari ini...

Ya, setelah dihantar pulang ke rumahnya hari isnin. Hari ini sudah hari Sabtu, disaat aku menulis ini, masih belum munculkan dirinya lagi. Oklah jika ini yang diinginnya. Berbeza sungguh. Disaat aku kesusahan, disaat itulah aku keseorangan. Mungkin ini saat hikmat kepada aku untuk sedar. Ya agar sukar untuk aku, tetapi aku harus kuat demi perjalanan hidup ini. Bukannya aku tidak pernah hidup sendirian. Sejak 1999 lagi aku sudah biasa bersendirian. Berjalan sendirian di Bandar Penang, bersendirian di Bandar Sungai Petani tahun 2010. Ya aku pernah melaluinya. 2011 hingga 2013. Ya aku pernah bersendirian. Insya Allah aku kuat untuk menempuh dugaan hidup ini. Semoga aku terus kuat dan kuat. Perjalanan hidup mesti diteruskan demi kelangsungan hidup sebelum menutup mata buat kali terakhir.

No comments: