Hampir 7 bulan, saling melihat dan melihat setiap kali bertemu. Namun aku sendiri tiada kekuatan untuk bertegur sapa. Akhirnya persoalan yang selalu bermain di minda ini dekat 7 bulan akhirnya terjawab di sebuah kedai buku.
Ya Allah, selama ini wanita yang dalam gerak hati aku menyatakan ia cikgu aku. Sah memang dialah cikgu aku ketika aku berada di dalam tingkatan 4 dan 5, tahun 1995-1996 di Sek Men Putera. Seorang guru yang tekun mengajar anak muridnya subjek kimia.
Terima kasih Cikgu Maimunah, kerana masih lagi mengenali diri ini. Walaupun kita bertemu bukan di negeri leluhurku, itulah punca kenapa aku tiada kekuatan untuk menengurnya. Aku seorang lelaki, dia seorang perempuan yang selalu berjalan seorang sahaja. Aku menjadi takut.
Inilah yang dikatakan hubungan di antara seorang guru dengan anak muridnya terlalu kuat. Ikatan yang tercipta bagaikan ikatan seoarang ibu dengan anaknya. Walaupun jarak masa yang memisahkannya terlalu jauh, namun gerak hati seorang guru tidak pernah silap meneka dan mengenali itulah anak muridnya. Jarak masa di antara tahun 1995 hingga kini, 2011 terlalu lamanamun seoarang guru masih lagi mengenali anak muridnya.
Aku bersyukur kepada mu Ya Allah, kerana memberikan aku kesempatan untuk menuntut ilmu-ilmu daripada guru-guru yang terbaik.
Tahun 2009, ketika aku memasuki ujian Mtest di Dewan Putera, SMK Putera. 3 orang guru aku sendiri yang mengawas ketika itu. Cikgu Kamisah Abdullah, Cikgu Hasnul, dan Cikgu Law Kee Kim. Mungkin inilah yang dikatakan doa restu, dari seorang guru akhirnya membolehkan aku memasuki KPLI-SR ambilan Januari 2010. Bantuan dan sokongan Cikgu Zaiton dan Cikgu Zaikiah dari SMK Kota Bharu, tempat aku menuntut di tingkatan 6. Ketika aku memerlukan tandatangan untuk ke maktab. Cikgu Zaiton siap datang ke rumah lagi membantu aku, untuk mendapatkan tandatangan Cikgu Halimaton, namun ketiadaanya Cikgu Halimaton tidak mematahkan semangat Cikgu Zaiton, untuk membantu aku.
Akhirnya aku ke Maktab dengan kekuatan dan sokongan dari mereka yang pernah bergelar seorang guru.
Betullah apa yang dikatakan oleh sasterawan negara, Usman Awang.....bermulanya kita hari ini semuanya bermula seorang insan biasa yang bergelar GURU...
Terima Kasih Cikgu...jasa mu tidak mungkin dapat ku balas walaupun segunung aku emas permata diberikan....hakikatnya aku sendiri tidak mampu membalas jasamu yang terlalu besar kepada diri ini.....
No comments:
Post a Comment