Hari ini, seperti hari-hari yang berlalu. Gelagat Saipullah masih lagi sama seperti hari-hari yang berlalu, tiada perubahan. Aku minta Haziq pergi ambilkan Saipullah sebagai satu bentuk sindiran yang tajam. Tak tahulah kalu jenis reti bahasa, esok tak layan sangat anak. Akhirnya aku juga yang bawa anaknya ke dalam kelas. Yang aku suka kawan-kawannya dalam kelas siap mengejeknya lagi. Andailah kalu anak aku seperti itu, agaknya balik kat rumah dah tentu aku buat karipap aje, kerjakan cukup-cukup.
Aku amat bersyukur sebab mempunyai sepasang ibu bapa ( Cik dan Ayah ), yang berjaya mendidik aku menjadi seorang manusia. Akhirnya aku mampu berdiri dengan kaki sendiri pada dewasa ini. Walaupun Cik hanya belajar sekolah rendah, manakala ayahku seorang yang buta huruf, namun Cik tidak pernah menolong aku menulis kerja sekolah ku. Hanya bimbingan dari seorang ibu sahaja yang diberikan.
Aku masih ingat lagi, ketika kecil. Kedegilan dan kenakalan aku, telah menyebabkan lidi penyapu pun pernah terpacak di betis aku, rotan yang digabungkan 3 telah pernah meninggalkan kesan pada kulit ini. Ketegasan, "bekeng" seorang ibu bukan niat membenci anak tapi sayang kepada anak.
Yang menjadi persoalan sekarang, anak-anak zaman sekarang amat manja. Kena pukul dek cikgu sikit dah bising satu kampung. Kulit anak merah sikit dah kecoh satu negara macam patah remuk tulang anaknya. Sebab itulah punca dunia zaman sekarang anak-anak muda sekarang terlalu kurang ajar. Sebab ibu bapa sendiri tak pernah hendak menghormati guru anaknya sendiri. Ibu bapa pula, zaman sekarang apa yang anak cakap. Amin sahaja.Malah tak cukup mengamin kata-kata anak, siap buat saf-saf lagi untuk berjemaah menyerang cikgu. Akhirnya anak-anak akan hanyut sebelum kapal berlayar.....
Aku masih lagi ingat insiden 2008, ketika aku mengajar di Mahad Rahmaniah, Kuala Krai. Tingkatan 1B subjek sejarah. Aku telah kerjakan Hafiz.Aku cubit matanya. Sebab aku tak larat menasihatinya tengok aku mengajar. Aku siap menyuruhnya bagi tahu kepada keluarganya aku pukul dia. Malah apa yang membuatkan aku bangga dengan dia. Dia cakap sekiranya bagi tahu emaknya, pasti dia akan dipukul oleh ibu bapanya lagi. Adakah pada zaman sekarang ini, masih lagi wujud ibubapa seperti mak Hafiz??
No comments:
Post a Comment