Minggu ini, penuh dengan muntah. Bermula hari isnin sampai kepada hari ini, kerjanya muntah dan muntah. Mulut ada tapi tak nak bagi tahu nak muntah. Kita siap pesan sebelum makan pun tak jalan. Muntah dulu baru nak bagi tahu. Dah nak masuk 7 bulan bersekolah perangai tak berubah lagi. Masalah sungguh.
Aku gagal.Gagal dalam mengajar. 7 bulan mengajar, aku sendiri gagal melihat si dia mampu membuat kerja sekolah yang di amanahkan kepadanya sempurna sebagaimana yang disuruh oleh emaknya. Dengan tulisan yang cantik, siap kerja sekolah yang aku berikan untuk dilakukan pada hari cuti. Tapi ketika bersama aku dalam kelas, si dia gagal melaksanakan kerja sekolah dengan baik. Malah PPM menemaninya membuat kerja pun, dia gagal buat. Terasalah hendak aku bertemu dan menuntut ilmu dengan bondanya, supaya memberi petua untuk aku membimbing anaknya supaya rajin buat kerja aku....
Hari ini....buku garis 3 dengan tulisan: Saya budak rajin. Cikgu suka saya. Kawan-kawan juga suka saya. Saya jadi gembira. Aku minta dia siapkan kat rumah, esok aku nak lihat. Memang tak sabar aku hendak melihat gaya tulisannya esok pagi. Adakah si dia dapat menulis dengan baik, atau????
Bukan apa, aku terlalu kasihan melihat seorang budak yang bagi aku terlebih dimanjakan, bunga-bunga kehancuran pada masa depan semakin jelas kelihatan. Tak perlu menunggu bertahun-tahun, sebab tahun depan dunia berdikari akan bermula...tahun satu. Adakah seorang ibu sanggup mengambil anaknya dengan bertukar seluar sekolah, kesan dari berak?Membuat kerja sekolah untuk anaknya?Sampai bila?Sampai bila?
No comments:
Post a Comment