Wednesday, May 22, 2013

akhirnya...

Syukur. Malam ini siap juga impian aku untuk memastikan anak-anakku dapat bahan semasa cuti nanti. Satu set lengkap buku ada 14 muka surat, merangkumi bahasa melayu, matematik, bahasa inggeris dan mewarna. Hanya itu sahaja yang termampu dilakukan untuk  memastikan ingatan mereka tentang apa yang telah mereka belajar tidak luput dari pemikiran mereka.
Walaupun tidak banyak namun ia berbaloi untuk anak-anakku.
Kerna cikgu ada perancangan yang lebih kuat dan hebat menanti akhir tahun ini. Bukan apa, sebagai tanda akhir pertemuan bersama prasekolah cikgu ingin buatkan sesuatu yang lain dari yang lain.

No comments: